Andalusia merupakan kawasan pemerintahan orang Islam atau dikenali sebagai Moorish di Sepanyol.. Kawasan Andalusia meliputi Cordoba, Granada, Seville, Toledo, Valencia, Portugal, Selatan Perancis dan lain-lain.Muslim memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
Sejarah Perjalanan Penaklukan Andalusia
Pada bulan Rajab 97 H atau Julai 711 M, Thariq bin Ziyad Panglima Perang Islam pada masa pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik atau al-Walid I (705-715 M) dari bani Umayah telah mendapat perintah dari Gabenor Afrika Utara, Musa bin Nusair untuk mengadakan penyerangan ke semenanjung Andalusia Bersama 7.000 tentera yang dipimpinnya, Thariq bin Ziyad menyeberangi selat Gibraltar (Jabal Thariq) menuju Andalusia.
Setelah mendarat, beliau memerintahkan anak buahnya untuk membakar kapal-kapal yang membawa seluruh ahli pasukannya, kecuali kapal-kapal kecil yang diminta pulang untuk meminta bantuan kepada khalifah.
Tentera Islam segera menyusun kekuatan untuk menggempur pasukan kerajaan Visigoth, Spanyol, di bawah pimpinan Raja Roderick. Atas pertolongan Allah swt, 100.000 pasukan Raja Roderick tumbang di tangan pasukan muslim. Raja Roderick pun menemui ajal di medan pertempuran ini.
Setahun kemudian, Musa bin Nusair bertolak membawa 10.000 tentera menyusul Thariq. Sejak saat itu, satu demi satu kota-kota di Andalusia berjaya ditakluki tentera Thariq dan Musa;
Pasukan Musa dan pasukan Thariq bertemu di Toledo. Keduanya bergabung untuk menaklukkan Ecija. Setelah itu mereka bergerak menuju wilayah Pyrenies, Perancis. Hanya dalam waktu 2 tahun, seluruh daratan Sepanyol berhasil dikuasai. Mereka juga berjaya menakluki Portugis (Al-Gharb / Barat) beberapa tahun kemudian.
Hasrat Musa bin Nusair dan Thariq bin Ziyad ingin mara ke utara untuk menakluki seluruh Eropah tidak kesampaian karena Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik telah memanggil mereka berdua pulang ke Damsyik.
Thariq pulang terlebih dahulu sementara Musa bin Nusair menyusun pemerintahan baru di Spanyol.Setelah bertemu Khalifah, Thariq bin Ziyad ditakdirkan Allah swt. tidak kembali ke Eropa kerana sakit dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Kerajaan Cordoba (756-1013)
Apabila Kerajaan Bani Umayyah jatuh kepada Kerajaan Bani Abbasiah. pada tahun 750, pusat pentadbiran Islam telah dipindahkan dari Damaskus, Syria ke Baghdad. Keadaan ini telah memaksa khalifah Bani Umaiyyah ketika itu, Abdul Rahman I (Abdul Rahman Al-Dakhil) mengasaskan kerajaan Bani Umaiyyah yang kedua di Sepanyol dengan menjadikan Cordoba sebagai ibu kotanya. Ketika itu Islam sudah bertapak kukuh di sana.
Kerajaan Bani Umaiyyah yang kedua ini menjadi sangat makmur dan telah bertahan selama hampir 800 tahun (756-1492). Pada tahun 929, sistem khalifah Bani Umaiyyah telah diwujudkan semula apabila Sultan Abdul Rahman III mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol.
Zaman pemerintahan Abdurrahman III merupakan zaman keemasan Andalus. Orang muslim dan bukan muslim dari serata dunia datang ke Cordoba untuk belajar di perpustakaan dan universiti di Cordoba. Cordoba juga mampu menandingin Baghdad dalam pelbagai sektor. Rakyat-rakyat yang berlainan agama dapat hidup bersama dengan aman damai. Kehidupan mereka jauh lebih baik berbanding sebelum pemerintahan Islam.
WARISAN SEJARAH PENINGGALAN KERAJAAN CORDOBA
1) Madina Zahra
Pada tahun 936, Abdur Rahman III mengambil keputusan untuk membuka satu bandar lain. Bandar Madina Zahra dibina 8 km dari Cordoba di kaki Sierra Morena . Nama itu diambil sempena nama isterinya Azaharah. Malangnya kegemilangan nya hanya singkat apabila hancur diserang askar Berber sepanjang 1010 hingga 1013. Sekarang yang tinggal hanya lebih kurang 1 persepuluh bahagian sahaja untuk dijadikan tatapan pelancong, itu pun sudah hancur
2) Masjid Cordoba
merupakan salah satu daripada tinggalan binaan-binaan kesenian Islam telah dibina oleh Abdul Rahman I pada tahun 784. Masjid Cordoba dibina dengan menjadikan seni bina Arab sebagai rujukan utama.
Tapak asal Masjid Cordoba pada mulanya merupakan kuil milik orang-orang Roman. Apabila Empayar Rom jatuh, pemerintah ketika itu telah menggantikannya dengan sebuah gereja Kristian. Setelah orang-orang Arab berjaya menawan sebahagian besar Sepanyol pada awal kurun ke-8, mereka telah merobohkan gereja tersebut dan kemudiannya membina Masjid Cordoba.
Masjid ini melalui beberapa pertukaran: Abd ar-Rahman III memerintahkan pembinaan menara baru, sementara Al-Hakam II, pada 961, membesarkan rancangan bangunan dan mengindahkan mihrab. Pembaharuan yang terakhir dijalankan oleh Al-Mansur Ibn Abi Aamir pada 987.
Masjid ini adalah yang termewah daripada 1,000 masjid lainnya yang berada di bandar tersebut, dan pada satu waktu masjid kedua terbesar di dunia Islam. Ia bercantum dengan istana Khalifah dengan tempat laluan yang dinaikkan, membenarkan pemerintah Cordoba untuk mengunjungi masjid tanpa risiko pembunuhan. Hari ini istana Biskop berdiri di tapak istana Khalifah
Dinding kiblatnya dan menara yang terdapat di sini berusia sejak abad ke-10. Setiap anjungnya memiliki sehingga 18 atau 19 gerbang. Gabungan tiang-tiang Roman telah digunakan, namun disebabkan ketinggiannya tidak mencukupi, tiang tambahan yang berbentuk segiempat telah diletakkan di atas tiang-tiang Roman tersebut. Tiang tambahan inilah yang menyokong gerbang-gerbang unik yang ada di sini. Gerbang-gerbang itu pula menyokong bahagian siling masjid ini.
Setiap gerbang yang ada di masjid ini adalah cantuman batu-bata merah dan batu putih. Gabungan unsur batu-batu tersebut berjaya mewujudkan konsep jaluran yang menakjubkan. Konsep jaluran merah-putih ini banyak mempengaruhi senibina bangunan di Sepanyol. Hiasan dinding pula mempunyai unsur flora di samping inskripsi dari Al-Quran dalam bentuk ukiran kapur, kaca, marmar dan mozek emas.
Pada tahun (1236) apabila Cordoba ditakluk oleh Raja Ferdinand III dari Castile, masjid ini telah ditukarkan menjadi sebuah gereja Kristian. Bermula di pintu masuk sahaja sudah terdapat beberapa binaan berupa patung-patung yang mempunyai lambang salib. Ini adalah perkara yang biasa pada ketika itu. Sebagai contoh Hagia Sophia di Constantinople telah ditukar menjadi sebuah masjid pada hari tentera Uthmanniyah memasuki bandar itu.
KEJATUHAN CORDOBA
Kejatuhan kekhalifahan Cordoba adalah disebabkan perang saudara antara 1009 hingga 1013 dan akhirnya hancur pada tahun 1031 M. Sebelum kejatuhan Cordoba, kerajaan Andalus telah pon terpecah dalam negara-negara kecil (Taifah) yang berpusat di kota-kota tertentu, antaranya Toledo dan Granada. Taifah-taifah ini mula bersaing antara satu sama lain untuk menjadi lebih hebat. Namun beberapa dari taifah2 ini sangat lemah dan tidak dapat menghadapi serangan2 dan permintaan dari kerajaan Kristian dari utara dan barat.