Oct 20, 2013

Kembara JWJ - Jejak Warisan Al-Andalus

Islam telah mempunyai kehadiran asas dalam budaya dan sejarah Sepanyol. Agama Islam yang hadir dalam tanah Bahasa Sepanyol moden dari 709 sehingga 1614 bermula dengan pemerintahan Arab dan berakhir dengan pengusiran Moriscos Al-Andalus. Pada hari ini adalah dianggarkan bahawa lebih daripada 2 juta orang Islam tinggal di Sepanyol.




Hasil kesan pemerintahan Islam di bumi ini, terdapat pelbagai warisan Islam berusia lebih 1000 tahun yang patut dilihat oleh para pencinta seni warisan dan sejarah tamadun Islam. Di sini, sumbangan warisan yang berkekalan dalam bidang-bidang seperti puisi, seni, seni bina, muzik, etika makan, sains, pertanian, perubatan, kejuruteraan, pelayaran dan tekstil. Lawatan Warisan Islam ke Sepanyol membawa pelawat melalui perjalanan yang cukup menarik melalui laluan waktu yang cukup kritikal dalam sejarah dunia.

KEMBARA JWJ kali ini mengajak para pencinta seni dan warisan ke Andalusia yang merupakan kawasan pemerintahan orang Islam atau dikenali sebagai Moorish di Sepanyol. Kawasan Andalusia meliputi Cordoba, Granada, Seville, Toledo, Valencia, Portugal, Selatan Perancis dan lain-lain. Muslim memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.

Pakej Lawatan ini akan dilengkapi dengan penerangan sejarah dalam bahasa Inggeris dan Melayu serta disediakan makanan Halal sepenuhnya. Satu lawatan yang harus dihayati sekali dalam seumur hidup... 


25 May - 3 Jun 2014 Musim Cuti Sekolah
hanya dari RM 9,500.00 untuk 10 hari malam
[Pakej meliputi Tiket Kapalterbang, Lawatan, Hotel dan Makan]
Minima 25 orang penyertaan


Pakej Lawatan : Jejak Warisan Al-Andalus

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Day 1. Madrid
Meet & assists at the airport. Transfer to the hotel and check in. Short free time to get a rest and then we will make a  panoramic city tour  by evening to admire Madrid illuminated and magical. Dinner at hotel and overnight in Madrid.

Day 2. Madrid / Málaga – Costa del sol  538 km (Train)
Breakfast at hotel. Transfer to the train station to take the high speed train towards Malaga (2hrs.55). Arrival and transfer to the hotel and check in. Then, we will make a panoramic city by Malaga. Free lunch and free afternoon to enjoy the city. Dinner at the hotel and overnight in Malaga.

 Day 3. Malaga / Granada  - 125km
Breakfast at hotel. Today, starting our tour by bus ahead to Granada. Arrival and visit La Alhambra & Generalife. Free lunch and check in at the hotel. Free afternoon to enjoy the AlbaizinDinner at the hotel and overnight in Granada.

Day 4. Granada / Cordoba  200 km - Cordoba / Sevilla 157 km
Breakfast at hotel. Departure to Cordoba. Arrival and visit the Mosque. Free time for lunch and to enjoy the old town “Judería”. Then, continue to Sevilla. Arrival at the hotel and check in. Overnight in Sevilla.

Day 5. Sevilla / Cadiz   (Gibraltar) 123 km – Cadiz /  Ronda 157 km
Breakfast at hotel. Half day of tour to enjoy Sevilla visiting: Plaza EspañaAlcazar and the Cathedral. Free time for free lunch. Then, we will continue to Cadiz to reach the higher point of the mountain to enjoy the view of Gibraltar. After taking the photo of Gibraltar, we will go ahead to Ronda. Arrival at the hotel and check in. Dinner at the hotel and overnight in Ronda.

Day 6. Ronda / Málaga   110 km  - Málaga /  Madrid ( Train)
Breakfast at hotel. Full day to visit Ronda, one of the most historical city in Al Andalus considered by UNESCO world Heritage, it is an open museum when you can visit the most important Bullfighting Square in Spain, the impressive new bridge, Arab Baths, Casa de Don Bosco…etc . free time for lunch and to admire the wonderful view of Ronda. Then, we will depart to the train station of Malaga to take the high speed train to Madrid. Arrival and transfer to the hotel and check in. Dinner at hotel and overnight in Madrid.

Day 7. Madrid / Toledo / Madrid 85 KM
Breakfast at hotel. Departure to Toledo. Arrival and panoramic city tour to admire the impressive Alcazar, the Cathedarl…. Free time for free lunch and to enjoy the old town. Back to Madrid and free afternoon for shopping at the down town.  Possibility to assist a Flamenco show with dinner (Optional). Overnight in Madrid.

Day 8. Madrid / Airport
Breakfast at hotel. Departure to the airport. End of our trip


only RM 9,500.00 all in 10 days nights
25 MEI - 3 JUNE 2014 School Holidays




Sep 9, 2013

Warisan Andalusia


Andalusia merupakan kawasan pemerintahan orang Islam atau dikenali sebagai Moorish di Sepanyol.. Kawasan Andalusia meliputi Cordoba, Granada, Seville, Toledo, Valencia, Portugal, Selatan Perancis dan lain-lain.Muslim memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.

Sejarah Perjalanan Penaklukan Andalusia
Pada bulan Rajab 97 H atau Julai 711 M, Thariq bin Ziyad Panglima Perang Islam pada masa pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik atau al-Walid I (705-715 M) dari bani Umayah telah mendapat perintah dari Gabenor Afrika Utara, Musa bin Nusair untuk mengadakan penyerangan ke semenanjung Andalusia Bersama 7.000 tentera yang dipimpinnya, Thariq bin Ziyad menyeberangi selat Gibraltar (Jabal Thariq) menuju Andalusia.

Setelah mendarat, beliau memerintahkan anak buahnya untuk membakar kapal-kapal yang membawa seluruh ahli pasukannya, kecuali kapal-kapal kecil yang diminta pulang untuk meminta bantuan kepada khalifah.

Tentera Islam segera menyusun kekuatan untuk menggempur pasukan kerajaan Visigoth, Spanyol, di bawah pimpinan Raja Roderick. Atas pertolongan Allah swt, 100.000 pasukan Raja Roderick tumbang di tangan pasukan muslim. Raja Roderick pun menemui ajal di medan pertempuran ini.

Setahun kemudian, Musa bin Nusair bertolak membawa 10.000 tentera menyusul Thariq. Sejak saat itu, satu demi satu kota-kota di Andalusia berjaya ditakluki tentera Thariq dan Musa;

Pasukan Musa dan pasukan Thariq bertemu di Toledo. Keduanya bergabung untuk menaklukkan Ecija. Setelah itu mereka bergerak menuju wilayah Pyrenies, Perancis. Hanya dalam waktu 2 tahun, seluruh daratan Sepanyol berhasil dikuasai. Mereka juga berjaya menakluki Portugis (Al-Gharb / Barat) beberapa tahun kemudian.

Hasrat Musa bin Nusair dan Thariq bin Ziyad ingin mara ke utara untuk menakluki seluruh Eropah tidak kesampaian karena Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik telah memanggil mereka berdua pulang ke Damsyik.

Thariq pulang terlebih dahulu sementara Musa bin Nusair menyusun pemerintahan baru di Spanyol.Setelah bertemu Khalifah, Thariq bin Ziyad ditakdirkan Allah swt. tidak kembali ke Eropa kerana sakit dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kerajaan Cordoba (756-1013)
Apabila Kerajaan Bani Umayyah jatuh kepada Kerajaan Bani Abbasiah. pada tahun 750, pusat pentadbiran Islam telah dipindahkan dari Damaskus, Syria ke Baghdad. Keadaan ini telah memaksa khalifah Bani Umaiyyah ketika itu, Abdul Rahman I (Abdul Rahman Al-Dakhil) mengasaskan kerajaan Bani Umaiyyah yang kedua di Sepanyol dengan menjadikan Cordoba sebagai ibu kotanya. Ketika itu Islam sudah bertapak kukuh di sana.

Kerajaan Bani Umaiyyah yang kedua ini menjadi sangat makmur dan telah bertahan selama hampir 800 tahun (756-1492). Pada tahun 929, sistem khalifah Bani Umaiyyah telah diwujudkan semula apabila Sultan Abdul Rahman III mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol.

Zaman pemerintahan Abdurrahman III merupakan zaman keemasan Andalus. Orang muslim dan bukan muslim dari serata dunia datang ke Cordoba untuk belajar di perpustakaan dan universiti di Cordoba. Cordoba juga mampu menandingin Baghdad dalam pelbagai sektor. Rakyat-rakyat yang berlainan agama dapat hidup bersama dengan aman damai. Kehidupan mereka jauh lebih baik berbanding sebelum pemerintahan Islam.

WARISAN SEJARAH PENINGGALAN KERAJAAN CORDOBA

1) Madina Zahra
Pada tahun 936, Abdur Rahman III mengambil keputusan untuk membuka satu bandar lain. Bandar Madina Zahra dibina 8 km dari Cordoba di kaki Sierra Morena . Nama itu diambil sempena nama isterinya Azaharah. Malangnya kegemilangan nya hanya singkat apabila hancur diserang askar Berber sepanjang 1010 hingga 1013. Sekarang yang tinggal hanya lebih kurang 1 persepuluh bahagian sahaja untuk dijadikan tatapan pelancong, itu pun sudah hancur

2) Masjid Cordoba
merupakan salah satu daripada tinggalan binaan-binaan kesenian Islam telah dibina oleh Abdul Rahman I pada tahun 784. Masjid Cordoba dibina dengan menjadikan seni bina Arab sebagai rujukan utama.

Tapak asal Masjid Cordoba pada mulanya merupakan kuil milik orang-orang Roman. Apabila Empayar Rom jatuh, pemerintah ketika itu telah menggantikannya dengan sebuah gereja Kristian. Setelah orang-orang Arab berjaya menawan sebahagian besar Sepanyol pada awal kurun ke-8, mereka telah merobohkan gereja tersebut dan kemudiannya membina Masjid Cordoba.

Masjid ini melalui beberapa pertukaran: Abd ar-Rahman III memerintahkan pembinaan menara baru, sementara Al-Hakam II, pada 961, membesarkan rancangan bangunan dan mengindahkan mihrab. Pembaharuan yang terakhir dijalankan oleh Al-Mansur Ibn Abi Aamir pada 987.

Masjid ini adalah yang termewah daripada 1,000 masjid lainnya yang berada di bandar tersebut, dan pada satu waktu masjid kedua terbesar di dunia Islam. Ia bercantum dengan istana Khalifah dengan tempat laluan yang dinaikkan, membenarkan pemerintah Cordoba untuk mengunjungi masjid tanpa risiko pembunuhan. Hari ini istana Biskop berdiri di tapak istana Khalifah

Dinding kiblatnya dan menara yang terdapat di sini berusia sejak abad ke-10. Setiap anjungnya memiliki sehingga 18 atau 19 gerbang. Gabungan tiang-tiang Roman telah digunakan, namun disebabkan ketinggiannya tidak mencukupi, tiang tambahan yang berbentuk segiempat telah diletakkan di atas tiang-tiang Roman tersebut. Tiang tambahan inilah yang menyokong gerbang-gerbang unik yang ada di sini. Gerbang-gerbang itu pula menyokong bahagian siling masjid ini.

Setiap gerbang yang ada di masjid ini adalah cantuman batu-bata merah dan batu putih. Gabungan unsur batu-batu tersebut berjaya mewujudkan konsep jaluran yang menakjubkan. Konsep jaluran merah-putih ini banyak mempengaruhi senibina bangunan di Sepanyol. Hiasan dinding pula mempunyai unsur flora di samping inskripsi dari Al-Quran dalam bentuk ukiran kapur, kaca, marmar dan mozek emas.

Pada tahun (1236) apabila Cordoba ditakluk oleh Raja Ferdinand III dari Castile, masjid ini telah ditukarkan menjadi sebuah gereja Kristian. Bermula di pintu masuk sahaja sudah terdapat beberapa binaan berupa patung-patung yang mempunyai lambang salib. Ini adalah perkara yang biasa pada ketika itu. Sebagai contoh Hagia Sophia di Constantinople telah ditukar menjadi sebuah masjid pada hari tentera Uthmanniyah memasuki bandar itu.

KEJATUHAN CORDOBA

Kejatuhan kekhalifahan Cordoba adalah disebabkan perang saudara antara 1009 hingga 1013 dan akhirnya hancur pada tahun 1031 M. Sebelum kejatuhan Cordoba, kerajaan Andalus telah pon terpecah dalam negara-negara kecil (Taifah) yang berpusat di kota-kota tertentu, antaranya Toledo dan Granada. Taifah-taifah ini mula bersaing antara satu sama lain untuk menjadi lebih hebat. Namun beberapa dari taifah2 ini sangat lemah dan tidak dapat menghadapi serangan2 dan permintaan dari kerajaan Kristian dari utara dan barat.




Powered byEMF Online Form